Monday, 17 June 2013

Habis Cuti

  Atas jalan bersama abang heading to tanjong malim mahu sambung belajar , ceritanya cuti sem sudah berakhir , ceritanya belajar ke ? . Dalam perjalanan abang aku sibuk membuat kira-kira duit minyak dan tol supaya dapat tong-tong kami adik beradik , yelah kami bukan dari keluarga mewah , ayah kami bisnesman kereta , bukan menjual dadah , bermain wayang , atau ahli politik kotor , tapi ayah kami legend .  Aku cerita-cerita sikit pasal tanjong malim ni , selang-selang aku gurau , kami ketawa tak berenti , suasana ceria .

  Dalam ceria-ceria ni phone aku potong stim , buat bunyi beep beep sambil main gegar-gegar bontot . Aku tengok phone , rupanya mesej ringkas dari Barak masuk , scene baca dan balas mesej pun bermula .

Barak : ko kat mana dah tu ?

Aku : aku otw , asal ? ko jangan macam-macam .

Barak : cepat sikit , aku tunggu kat kedai mamak . bape lame lg ?

Aku : dalam 45 minit , ko lepak lu .

Barak : orait , aku tunggu , cepat ah .

potong cerita , aku sampai dekat mamak depan kolej yang bukan kolej dah tu . Aku turun jalan ke Barak yang tengah duduk dengan cawan pinggan kosong , senyum-senyum macam kambing , buat aku suspicious. Aku mula berbicara " ko pehal ni " , Barak senyum balas dengan bahasa tubuh *tunjuk mulut dompet*"hehe" . Clear betul dompet beliau . Celaka .. ini baru permulaan

Selamat belajar pada yang dah habis cuti sem , cuti dah habis bro ..

No comments:

Post a Comment