Saturday, 18 May 2013

Sweater, Oney, dan Bolasepak

   Nyod tercegat di pagar , aku angkat tangan tanda 'tunggu sekejap, nanti aku datang' . Aku keluar dengan barang2 , semua set . Nyod tanya "tak pakai sweater ke rai ?" , aku jawab ranggi "malas ah" , tak mencabar lar nyod pakai sweater naik motor . Sepanjang perjalanan aku derita dengan terik matahari dan lengan pedih terbakar .

  Al-zubair atau nama fancy beliau Bai follow kami dari belakang, kejap2 aku toleh tengok dia, dia nampak cemas dan pinggang aku terkehel. Kami sampai lambat, tapi tak terlepas apa2, scene Barak terjun kolam busuk lambat lagi.

  Solat jumaat di beranda luar selesai , gangster kg.Gajah yg dianggotai Kimtat Dan Arip mula mencari kedai makan. Aku harap makanan kg.gajah kali ini rasa makanan.

   Mulalah semua makan lepas bacaan doa. Siapa entah imamnya, aku tak bagi perhatian masa tu, mungkin dari golongan alim2 seperti Afeeng, Suhail , Syempenbo , atau yang baru alim iaitu Atiq Oit . Syempenbo alim apa bendanya . Apis Hensem sibuk menghandle gadis2 , tapi kali ini dia tidak keseorangan , kali ini dengan bantuan Oney Shahril. Jadi , oney berubah menjadi Oney Hensem .

   Aku pandang Pudin jeling kipas tepi dinding , Pudin angguk setuju. Kami keluar meninggalkan saf. Member2 lain masih solat akibat merayap, ini silap2 mau kena tulis nama .

   Dollah, Nur dan Jat Taqeq gaya betul dengan pakaian bola mereka yang tepat dan harmoni . Apis Hensem bergerak selaku kapten , yang lain setuju dan faham2 sendiri . Permainan kali ini diadili oleh Sir Am , dan Kamil menjadi linesman secara tak rela . Aku test terajang bola deras-deras dengan kasut macam belacan. Fuh aku semangat . Badan pun dah panas2 sedap bawak main bola .

   Strategi permainan bola kali ini sangat bijak dan teratur , salah satu nya aku kena duduk di tepi padang sahaja bagi memastikan kemenangan pasukan . Cilakek ..
  


 

No comments:

Post a Comment