. . .
Gadis Pahang ini sangat aku suka , kadang2 aku tidak dapat menahan hati yang suka dan asyik menyengih , apatah lagi melihat senyumnya yang manis seperti gula. Moment2 dengan Gadis Pahang sangat berharga , lagi tinggi harganya dari mercedes , rumah ditepi laut , emas selombong dan tanah pusaka yang selalu direbut2 dalam drama melayu. Beliau sangat baik orangnya, kejut aku pergi kelas, bawakkan payung, jaga mata aku, belikan aisrkrim goreng, dan banyak lagi perkara baik yang tidak mampu disampaikan. Fuh kalau nak harap aku tak jadi manusialah .
Gadis Pahang ini juga banyak ubah diri aku menjadi better, dan pengunaan perkataan 'better' tadi sudah dirancang, saja mahu tunjuk skil inggeris aku yang tak seberapa . Ceritanya Gadis Pahang ini dari golongan bahasa inggeris , boleh la aku perbaiki bahasa inggeris aku yang berterabur . Aku banyak berubah , aku mula mengenakan bahan kimia pada badan , berwangian2 , menyapu krim pengeras rambut , mengosok pakaian, mencuci pakaian , tidak menjadi kutu dengan tidur sehingga ke tengah hari , bermain gitar , membuang sampah di dalam tong sampah , bijak memilih barang , menjadi penyayang , lantang berceramah politik , dan banyak lagi. Aku sendiri terkejut degan perubahan aku , aku rasa makin baik .
Si Gadis Pahang , terima kasih muncul dalam hidup saya . Nah ais krim =)




No comments:
Post a Comment