Monday, 29 April 2013

Awon Pjal

 jangan-jangan production mempersembahkan
Awon Pjal  
sebuah filem gamble arahan Mamad Kerek
teraju utama : Awon Pjal | back-up teraju Azraai Rozmi |
ekstra : Kj (nama fancy beliau)
genre : sains fiksi

Babak 1 : 
        
      Lampu kecil bergerak ke arah Awon Pjal , dari cahaya lampu kecil yang malap itu dia tahu itu Arai. Awon Pjal senyum kambing . Tekaan Awon betul , motor itu milik Arai. Arai parking baik secara melintang di sebelah Awon yang tersidai di atas motor canggih beliau . Seperti tiada apa2 , mereka bersalaman dan setuju digandingkan dalam satu perlawanan bola berprestij setaraf piala dunia . Scene ini tidak memerlukan apa-apa dialog dan kamera diletak sebalik semak menghadap Azraai supaya penonton dapat menikmati wajah bersepah pelakon itu , wajah Awon pjal masih disorok supaya tiada penonton yang jatuh cinta atau pengsan diawal cerita .

Babak 2 :

      Pihak lawan memulakan sepak mula secara tidak profesional dengan merembat deras ke arah pintu gol yang dikawal teraju utama Awon Pjal , pasukan kami setuju membuka ruang untuk pihak lawan merembat kerana bercita-cita ingin memperolehi anak suatu hari nanti. Rembatan kencang dilepaskan lawan , bola berapi-api menuju ke Awon pjal. Muka ranggi, Awon pjal menepis bola ke bawah seperti tiada apa-apa, hebat sungguh beliau. Pada masa ini, mamad kerek berharap penonton akan bersorak riang dan berpelukan.

Babak akhir :

       Selepas beratus tepisan kemas dari Awon Pjal, dia tidak lagi berupaya, jadi Arai tidak mahu lagi berpura-pura bangang dan bermain secara serius. Bola lerek ke kaki Arai, Arai pijak bola dengan gah dan renungan, pihak lawan menggelabah ketakutan. Arai membawa bola dengan bijak dan cantik seperti pemain2 dalam kelab terhebat dunia bergelar Chelsea. Arai sepak bola dengan posture badan yang sangt indah, bola menuju ke bucu gawang dan penjaga gawang lawan bernama Kj itu menjadi penyu serta merta . Lampu terpadam , imej Awon dan Arai menjulang piala berbentuk air kelapa gelas besar pun timbul..

Credit nama2 menaik
walaupun tak ada orang baca dia tetap menaik
Cerita ini adalah rekaan semata2 
ps : Arai tidak tahu menyepak bola
dan Awon berterabur menangkap bola 
TAMAT

2 comments:

  1. omo,nama blog macam nama orang sarawak jak.hee.btw,nice story.tolong tengok-tengokkan pijal tau:)

    ReplyDelete
  2. haha itu dialek perak pure , pure dari lombong :) .. thanks , pjal tu adik ker macam mana ?

    ReplyDelete