Sunday, 21 April 2013

Mi Segera

  Mi segera atau lebih commercial dengan nama maggi adalah satu jenis makanan yang diminati ramai pada semua peringkat usia , baik kanak2 , kanak2 bajet dewasa , remaja , dewasa , termasuk warga tua baya2 atuk . Makanan ini hadir dalam pelbagai rasa , pedas , masam , tak pedas , dan tak masam . Ada yang kick  pedasnya sampai terangkat bontot si pemakan , ada yang kick masamnya sampai muka iras2 beruk .Ianya juga sangat mudah disediakan, anda hanya perlu bazirkan 3min , sebab itu Segera , tetapi ada juga segelintir umat yang gamble dengan hanya memperuntukkan 2min kerana sifat tak reti sabar , menyebabkan mi segera yang dimakan keras dan muka menjadi henyot2 .

   Memori mi segera akan menjadi sebahagian dari moment2 berharga dalam hidup anda , makan bersama member2, ketawa riang merebus mi segera , geli hati memasukkan perencah , cuit2 member sambil tapis air , dan cirit birit seorang diri pedihnya setiap saat umpama neraka .

   Cara menikmatinya juga fleksible tertakluk pada kreativiti masing2 , di add on dengan telur , sayur , bawang goreng , mahupun anggur . Kita juga akan menjadi lebih kreatif apabila barang2 di sekeliling adalah terhad , rebus dalam cebok/baldi  , patahkan hanger dijadikan chopstik , merebus menggunakan teh o panas , dan macam2 lagi .

   Tetapi sesuatu yang indah pasti ada padahnya , padahnya berat , boleh menyebabkan anda rasa runsing dan khuatir . Masih tidak ditemui ubat untuk padah penyakit yang disebabkan mi segera . Penyakit yang dimaksudkan ialah di paw rakan2 . Inilah padah yang harus dibayar , jadi sentiasa lah prepare banyak dan ikhlas serta bermurah hati , Sekian Kesian .

No comments:

Post a Comment