Dalam kesibukan kutu-kutu mencari seluar bundle di pasar malam , aku dan barak tidak terkecuali. Aku cari seluar kaler ceklat cair , kalau boleh biar macam ranger , baru nampak jantan . barak entah seluar jenis apa dia cari , budak ni tak menentu , seluar zaman jepun pun dia berkenan. Sedar tak sedar , macam mana tu ? senang cerita tak sedar lah , hari dah malam . kitaorang jenis pergi surau punya budak mana balik lewat-lewat, nanti siapa nak conduct solat hajat apa semua . Ini semua bohong sahaja , kami bergegas balik pasal ada bola malam sabtu .
Helmet pinjam kat member punya pasal , dua tiga kali jugak aku belek cari ikut mana nak masuk kepala . selang sepuluh minit kepala aku berjaya lolos helmet itu dengan rapi dan bergaya . barak suruh aku naik cepat marah-marah , aku buat gelak-gelak jer macam biasa .
Tengah-tengah dalam perjalanan tu rasa tekak aku macam melekat . sakit jugak hati , tapi aku sabar , balik rumah nanti baru aku sambung marah balik , backhand apa yang patut . Last-last aku beron , tekak aku dah real punya fed up , dalam jugak aku tarik masa tu , banyak jugak isinya , melekatnya jangan kira . Sudah standby sisa ni dalam mulut , aku ready nak ludah laju-laju tepi jalan , aim baik dalam longkang .
Puh ! deras betul aku ludah dan malangnya , wizer helmet itu tak dibuka pasal aku tak perasaan . Busuk betul perjalanan pulang aku kali tu .
ini moment second paling kotor dalam hidup aku setakat ni , first dulu masa aku terberak dalam seluar masa darjah satu . nanti kalau aku free aku cerita . aku tak free rasanya seumur hidup aku .



No comments:
Post a Comment