Sunday, 16 December 2012

cerita Sedih

    Hujan turun deras , orang ramai mula post status dan tuit doa time hujan . Jam dah tunjuk pukul 2 , malang nya aku ada kelas fizik sejam lagi bersama lecturer comel ada anak satu . Solo aku berdiri di beranda menegok keadaan cuaca yang hujannya macam lama lagi , ditemani bau hapak baju tak kering . Aku dilema untuk memberi peluang kepada bas atau tetap menempuh hujan dengan motor yang dicintai . Member berpihak pada bas , manakala baju hujan berpihak pada motor , kedua-duanya tak henti2 menghasut aku , aku terharu dengan semangat kedua-dua pasukan . Tapi kali ini , aku pilih bas , banyak sebabnya kalau nk dicerita tapi aku pilih untuk pendam dalam hati seorang diri .

    Dalam bas aku kena berdiri , pasal seat semua telah diambil orang , mereka nampak bahagia . Saat2 berdiri tu , aku terkenang scene  lap seat motor , pijak stater motor , pasang tali helmet , bergurau dengan motor , cek minyak dan letak beg dalam raga . Hati aku jadi sayu , air hidung aku pun mengalir . adoi sejuk betul hujan , selsema aku .

    Dalam perjalanan ke kampus , orang bersembang dengan member masing2 . Aku pun bersembang dengan member walaupun kadang2 bonggol jalan menggangu perbualan kami . Slow2 aku terlupa pasal motor , bas berjaya membuatkan aku tersenyum . Ceritanya naik bas ni pun boleh tahan fun , walaupun radio nyer putus2 dan kadang2 driver main siaran tak best . Aku dapat lihat dunia menerusi tingkap , aku yang sebelum ni tak tahu akan kehadiran projek rumah tak siap pun jadi tahu , yelah kalau naik motor mana ada masa nak toleh kat benda2 macam tu melainkan ada makwe berbaju kurung tepi jalan . Jadi mulai sekarang aku akan selalu naik bas .... tak payah mengade rai , naik jer motor haha .

 

   

No comments:

Post a Comment