Nyaris2 aku terbunuh semasa nak melintas jalan , kereta sekarang laju bukan main , tak macam dulu2 kereta slow diperbuat dari lembu . Hakim Halim amik seat bawah kipas sambil order kopi panas , aku pun order teh tarik secara random . Kami pun sembang kejap pasal motor dan aku cuba sedaya upaya buat muka faham .
Curi2 aku perhati gerak geri dan segala tingkah laku Pakcik Canai , dari segi rupa memang aku menang lagi lar , walaupun hari tu rambut aku tak bersikat apatah lagi berminyak . Tapi aku pilih untuk tidak menilai rupa semata . Member2 aku banyak bercerita pasal pakcik ni sampai berepisod-episod , katanya pakcik ini gatal dan melayan lelaki seperti hampeh . Jadi hari tu aku nak cuba rasa sendiri , member banyak yang halang sampai marah2 , tapi aku tetap nak cuba . Steady , aku pergi kat pakcik tu nak mintak roti sekeping dua . Pendek cerita , aku dilayan macam hampeh . Benar lah kata rakan taulan aku . Aku duduk balik dekat seat aku dengan muka tak best bersama roti sekeping dan kuah yang pacik tu suruh ambik sikit . Dalam diam , aku intai pakcik tu buat apa , dia melayan makwe yang nak roti macam aku jugak cukup manja dan mesra , macam orang kena gigit semut gatal ... Aku jadi hilang sabar , aku pergi kat pacik tu , tumbuk muka dia , hilang giginya , berterabur kuali yang marak , mangkuk kuah tu aku mandikan dia , dia dengan muka gabra berjanji tak nak buat dah . Asap rokok hakim lintas hidung aku " weyh ko berangan apa " , aku tersedar dari lamunan .



No comments:
Post a Comment