Saturday, 17 November 2012

Makan2 Cari Jalan

   Bertuahnya aku pasal dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan makan . Aku tak cakap family lain tak pentingkan makan , cuma family aku mementingkan makan sehingga tidak mehiraukan harga minyak naik dan bayaran tol yang tak sudah2 . Family aku memang cemerlang dalam makan , komen2 yang diberikan seperti juri profesional mahupun juri pertandingan memasak acara rukun tetangga . Biarlah makanan dari selatan barat benua amerika hingga ke negeri matahari terbit , kitaorang boleh hadam dengan muka rilek . Tapi jangan risau , kami juga jenis yang mencari logo halal yang pelbagai hasil kretiviti pihak tidak bertanggungjawab .
 
    Pada tarikh yang aku tak pasti , tapi aku yakin khamis , kembara mencari makanan padu jenis walaweh bermula . aku bagi nama kembara ni " Makan2 cari Jalan ".

    Makan2 cari jalan first stop is tempat makanan melayu asli , dengar2 ada rancangan tv pernah buat liputan kat sini . Tapi kesahihan cerita ini masih samar2 berikutan tiada bukti kukuh , dan cerita tersebut berlaku di cawangannya yang lain saja . Stop kedua ialah makanan barat , barat tulen , saya ulangi barat tulen . Dekorasinya sangat unik dan menarik hati , dengan tema ala2 koboi dan ala2 waiter bangang . Hentian ketiga adalah pada hari berikutnya , kali ini di restoran makanan kelantan . Dari luar nampak design seperti kopitiam , rupa2nya bekas kopitiam , sekarang dah jadi restoran kelantan . Aku tak tahu cerita sebenar , samaada dia lari dari rumah atau dibuang keluarga kopitiam . Stop last untuk kembara Makan2 cari Jalan edisi pertama ini adalah sebuah restoran Cina Islam . Fuyo yang ni memang aku suka tahap meloncat . Tapi pada permualaan , aku bagi family aku rasa dulu semua , aku buat gaya steady online fb pakai handphone empat segi mak aku sambil telan air liur .

Pasal Family aku yang lain aku tak tahu , Tapi malam tu ... aku hadapi saat yang sukar bersama lubang jamban dan paip air deras .


 

No comments:

Post a Comment