Dulu2 waktu belajar sekolah ada jugak cikgu mengajar pasal duit , time bahasa mat salleh . Ingat2 aku bunyi term dia ' money management ' , fuyoo . Belajar pasal nak control duit . Tetapi aku tetap selalu gagal , pasal bila dalam kedai bundle dan kedai makanan pelbagai , aku edit sikit term tu jadi .. ' money management hotak dia ' .
Ada jugak rakan2 yang jenis padu isi poketnya , contoh macam Gijoi . Tapi aku yakin dengan dia , aku percaya dia tak buat bende2 macam mengacu pisau dan cungkil lubang mangga , apatah lagi mengorat datin . Ada jugak yang macam aku , poket berhabuk tapi buat gaya steady , contoh macam Barak . Barak dengan aku sehati sejiwa dalam mengadaikan duit . yelah di siang hari menjamu ikan keli mahal , sebelah malam pula asyik makan di luar , dan hujung minggu menonton bola sambil menghirup mee basah kuyup kaw2 lenjun . Selalu aku yang di salahkan sebab menggoda , nak buat macam mana , aku selalu tergoda , jadi tak best lar aku kena sorang2 , aku ajak lar Barak , nasib dia pun mudah tergoda .
Aku selalu bunyi macam ni bila mengoda beliau : " ala jom arh barak , bukan nak beli apa2 pun , paling kurang kita sapu kuih dengan rangka ayam "
Barak jawab ringkas tapi padat : " pundek kamu ".



No comments:
Post a Comment