Friday, 1 June 2012

Senyum

    Aku dengan jiwa semangat baru menyetel kemas barang masuk dalam loker . Aku sekarang siswa dah cerita dia . Orang beramai-beramai sibuk di sana sini , setel kemas barang , perhati siling bilik , dengar nasihat ibu , pasang cadar , cari member , tengok jam , buat muka , dan pelbagai lagi .

    Bagi permulaan hidup , aku ingin membuat rakan dengan ramai . Jadi aku fikir , senyum adalah satu jalan yang mudah dan bagus . Aku jumpa orang , aku senyum semanis shingam . Selisih bahu ke bahu , aku senyum semanis shingam . Teknik ini berjaya dengan cemerlang , orang ramai membalas senyuman aku tanpa was2 dan berfikir panjang .

   Aku sangat yakin dengan teknik ini , jangan-jangan dengan teknik ini aku boleh mendapat ramai kengkawan .  
Sehinggalah semuanya berubah dengan satu scene . Ada brader badan tegap2 macam dalam WWF , muka pun mood tak baik . Tapi aku stedi , aku senyum semanis shingam , harap2 senyum aku dibalas mesra . Tiba2 brader tu cakap " Waalaikumsalam "  . Aku dah mula fikir bukan2 ..

nampaknya ini setahun yang sukar ditempuh .