Hari ni aku janji dengan Oman nak jumpa kat Ipohparade , tempat belia harapan bangsa bersidai . Ada hal yang kene kami meeting secara serius . Kami pun bersepakat untuk membeli air minum sebelum start meeting . Oman beli air gas , siap usik-usik akak kaunter tu , aku ketawa kecil tanda geli hati . Aku pulak beli air tin neskepe dekat india meniaga kacang sebelah wayang . Kami amik meja corner jauh2 sikit dengan orang , supaya bualan kami tidak di intip oleh mana-mana pihak .
Lama betul kami bincang2 , sampai lari sangat dah dari isu pokok . Sampai suara pun capai limit , tekak dah bunyi2 rokes , macam Ramli Sarip dan bintang2 Rokes . Tiba2 Oman perasan ada minah kene kacau dengan Budak2 entah apa-apa , Oman kata dia cemas tapi aku tahu kalau ikut hati dia yang gentle , dia nak karate dah mamat2 tu . Oman punya siku sangat pilu dan berbisa . Boleh jadi dia sudah biasa menyiku .
Kami sembang lama2 dan aku pun naik hairan kerana kali ini waktu tidak mencemburui , mungkin masa memahami dan bagi can . Tengah asyik Oman bercerita , aku perasan ada Uncle separa abad tenung dengan muka suspicious . Aku buat tak tahu , tapi aku tak ada bakat buat tak tahu , jadi aku tengok dengan muka pelik . Uncle tu berbangsa india dan berpakaian kusut masai , boleh jadi semalam dia bergaduh dengan isteri dan terpaksa tidur luar . Dia dengan gaya tegas tiba2 mendekati , Oman tak perasan lagi , aku dah cemas , standby bagi sebarang kemungkinan . Uncle tu tepuk bahu Oman dan bagitahu Oman yang wallet Oman dah tercicir . Lepas tuh cahaya lampu Ipohparade tiba2 terang , menyuluh hati aku untuk respek pacik tu . Baru aku tahu kenapa ada quote " dont judge a book by it's cover " , so sekarang aku da follow statement tu , tapi aku edit sikit kasi ngam . ' Dont judge a book by it's cover , tapi harga kene tengok jugak larh "


