Thursday, 24 May 2012

Wajah Baru


Pagi yang macam biasa macam pagi2 yang lain , handphone mengambil tempat ayam sebagai pengkokok untuk mengejut aku dari mimpi yang pelbagai . Aku pun bangun dengan gaya elegan , ala gaya cam model tangkap gambar dalam majalah tu . Gaya yang sangat unik yang aku tak dapat terjemahkan dalam bahasa . Aku setel perkara wajib dulu , lepas tu mengintai situasi di hadapan rumah . Mak aku dengan rutin paginya . Ayah aku tengah ready nak ke office . Aku pulak dengan rutin aku , tengah ready nak kembali beradu bagi menyambung kembali mimpi yang tak setel .
 
          Bangun lagi sekali , kali ni lebih mudah dan tak perlu memaksa sangat . Bunyi2 mak aku betempur dengan dapur dah keluar , hidung aku pun menangkap bau-bauan dengan cekap . Then , dengan tidak semena-mena aku terfikirkan blog aku . Macam manalah rupa dia sekarang . Boleh jadi dia sudah bermekap tebal dan tampak anggun , boleh jadi juga dia nampak lebih macho seperti aktor2 Hollywood , Bollywood mahupun TigerWood . Citer dia , semalam ada minah janji nak edit blog aku yang nampak kusam dan tidak menarik . Minah tersebut aku panggil minah , tapi tu dulu , sekarang aku panggil inah jer sebab dia suruh . Dia kalau dah suruh aku nasihatkan jangan melawan , kelak menagis di penjuru bilik la jawabnya . Aku jadi tak sabar untuk melihat perubahan yang di adaptasi pada blog aku .  Tapi tahap tidak sabar aku tu mampu dikawal oleh bau badan yang dah bau entah apa-apa . Jadi aku pergi mandi dulu sebelum bertemu degan blog wajah baru aku .

          Laptop aku sudah terpasang , tulisan Acer besar2 dah muncul , Broadband telah dicucuk , Apollo sedang di kunyah , dan aku telah beready . Dengan cemas2 aku buka blog aku . Walaweh , habis barang2 yang aku sempat karate , aku karate . Blog aku sangat berbeda , dengan suasana pokok apa entah menjadi background , tulisan pun ada art , sangat menarik perhatian . Siap ada Domo tari-menari lagi , memang mengiurkan . Kalau nak harap aku , memang tak jadi macam ni lah . Aku memang tak ada bakat edit mengedit ni , bakat aku macam kira kaki nak bahagi team , bukak plastik keropok , kopek kulit udang , dan bahagi net takraw boleh la . Terima kasih banyak2 la kat Inah atau nama sebenar Siti Mutmainah ( nama alim betul ) . Toce2 , kalau rasa nak makan capati order jer kat kedai mamak berdekatan , lepas tu cakap nanti arai bayar , nanti diorang faham2 la .