Thursday, 17 May 2012

Sebagai permulaan

Setalah hari2 berlalu dengan moment2 hidup yang indah , lucu , sedih dan pelbagai . Akhirnya dengan sedikit inspirasi dari kaca tv , laman2 web , borak bersama rakan taulan .. aku memutuskan untuk merajinkan diri untuk membuat blog .
Sebagai permulaan aku planing untuk buat segmen kenal2 . Aku Azraai Mohd Rozmi , part mohd rozmi itu nama ayah aku , selebihnya nama aku la . Nama ni punya misteri masih belum terungkai , citer die , orang arab pun ad pakai nama ni , owg jepun pun ad , sehingga kn orang cina masuk islam pun ada . Ada satu hari yg cuace die fine , aku pergi buat buku akaun bank islam , skali Puan yang explain pasal bank2 nih kepada orang mude macam aku cakap nama aku sedap . Jiwa muda mana tak hepi dapat puji macam tu , cuba bagitau ? ..
Anak kedua dari empat adik beradik yang unik . apa yang unik ? abang aku tua empat tahun dari aku , aku pula tua empat tahun dari adik aku no tiga , dan adik no tiga aku tua lapan tahun dari adik no empat . boleh jadi parent aku dah rancang semua nih , tapi kita hanya merancang , tuhan yang menentukan , thats why lah adik aku yang last tibe2 kene tinggal lapan tahun ..
Emak aku pula seorang suri rumah , mak aku sangat cemerlang dlm menyuri rumah . Bab masak memang terer , bab sidai kain , lipat baju , iron , standby makanan atas meja , susun pelekat magnet peti ais pun sangat cemerlang . Die punya rajin , Tuhan jer tahu .
Ayah aku pulak boleh jadi merupakan seorang yang aktif kokorikulum sekolah . Walaupun badan sekarang dah naik , tapi ligat beliau dalam sukan masih maintain . Main bola sangat hebat dalam posisi Keeper , sebab tu jugak la abang aku jadi keeper waktu sekolah rendah . Tapi aku tak , biasa lah aku nih jenis degil sikit . Sukan bola tampar pun die into . Main badminton petang2 dengan anak lelaki dah biasa , kadang2 sampai bekelahi-kelahi pasal bulu tangkis in ke out . Tapi die panggil aku Lin Dan , kira hebat no2 la tuh , abang aku dapat nama Taufik hidayat , kire no3 la tuh . Dan ayah aku pulak Lee Chong wei . Tapi kadang2 tak tentu juga siapa menang siapa terkandas . Habis main badminton , kami duduk meja kaju depan rumah dan ketawa sehingga matahari terbenam .