Tuesday, 30 October 2012

Balik matrik

Baru-baru ni aku berjalan dengan member sekolah menengah , Gjoi , Hapis Hensem dengan Nyod . Kitaorang jalan Ipoh , yelah Perak ni mana lagi nak hala . Nak jadi cerita petang tu jugak Nyod nak balik kolej matrikulasi , isnin tu dia ada exam , steady betul dia . Dia memang bagus , jenis susah nak tolak kalau member mengajak .
     Jadi petang tu , aku merempit motor Gjoi . Gjoi ada belakang aku makan angin pasal helmet tak de wizer . Hapis Hensem dengan Nyod naik kereta , kereta gear empat namanya . Aku dengan Gjoi sembang kencang atas motor , kencang macam angin . Hapis Hensem dengan Nyod aku tak tahu la pulak , boleh jadi Hapis Hensem cerita pasal awek baru dia .
    Aku dengan Gijoi dahulu sampai , macam aku cerita sebelum ni , motosikal memang mudah . Cemas jugak part nak lalu pak guard , aku dengan pak guard ni macam ada kena sumpah . Tapi kali ni pak guard steady , aku harap pakguard2 malaysia contohi dia . Aku dengan Gjoi konfiden amik jalan kiri , walaupun aku nih jenis banyak minum air semut berendam , tapi aku ingat lagi selok belok matrik ni . mana nak belok mana nak selok .
    Aku jumpa member matrik aku , Safwan nama dia , Safwan apa aku belum fikir lagi . Safwan ni dari dulu aku gelak , tengok dia bersepah lagi aku gelak . Dia macam tu lagi , seluar pendek biru tu lagi , rambut gaya Gill street fighter tu lagi .Tengok dia aku teringat scene2 matrik aku , scene tunggu nasi goreng , scene mengata cashier gemok dengan cashier botak , scene gelak time solat isyak , dan scene malu2 nak join game bola tampar .
    kitaorang jumpa jugak dengan Syem , macam biasa Syem kena buli dengan Gjoi . Petang tu memang best , aku memang seronok . Dulu aku pernah lepak situ cerita dia . Segmen salam menyalam dengan Nyod dah start , kitaorang pun berpisah dengan cara sopan dan beradat .